PENGENALAN

Tenunan kain Pua Kumbu  dikenali sebagai  tenunan ikat .Pua Kumbu ini ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun.Bagaimanapun,motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka.Antara motif-motif yang digunakan.

MOTIF ENGKERAMBA

Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkeramba ditenun dengan teknik ikat.Motif ini dipercayai  berkuasa menghalang  bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang.Biasanya,motif engkeramba  hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja.Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.

MOTIF FAUNA
PUA KUMBU

Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya,ular,katak ,harimau dan tikus kasturi,rusa dan serangga.Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi).Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka.Motif ular pula tidak ditenun dengan  sewenang-wenangnya keranabinatang ini membawa petanda buruk.Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu .Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti  manusia.Menurut kepercayaan kaum Iban selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak.Selampai diaktakan mempunyai kuasa menciptakan bayi.Motif harimau dan tikus kasturi sering  dikatakan dalam bentuk abstrak.Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian.Burung pula  dikatakan  pembawa alamat baik.Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam pekerjaan.Motif  rusa pula mendatangkn kejayaan atau tuah semasa berburu.Motif-motif  serangga  seperti labah-labah ,kunang-kunang,kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam  tenunan pua.






MOTIF FLORA

Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai  motif tenunan kain pua.Antara tumbuhan-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan,pucuk paku,pucuk rebung,buah-buahan,biji benih dan bunga-bungaan.Antar motif yang ditenun ialah motif bulan,awan larat,alat tenun dan sebagainya.


MOTIF-MOTIF PUA KUMBU

PROSES PEMBUATAN

Ada dua cara yang digunakan untuk menenun pua iaitu cara ikat dan cara pilih.


CARA IKAT
KEK IBAN

Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahaigan tertentu  dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut.Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki.Kadang-kadang proses ini dibuat  beberapa kali mengikut  corak dan warna diingini.Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua,biru kehitaman dan merah bata.Apabila proses mewarna  sudah  selesai,benang-benang kapas itu dikeringkan.Setelah benang betul-betul  kering barulah  ikatan-ikatannya dibuka.Kemudian benang itu ditenun.Tenunan dibuat secara kosong tanpa meyelang-nyelitkan brnang bagi menghasilkan corak.Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.

PENGGUNAAN

Pada zaman dahulu pua kumbu digunakan di dalam adat istana sahaja.Sekarang penggunaanya telah diubahsuai menjadi  hiasan dinding,alas meja,beg dan lain-lain reka corak yang baru.


KAIN PUA KUMBU YANG MODEN




Setakat ini sahaja huraikan tentang kain pua kumbu.

Sekian terima kasih...


Ulasan